Friday, February 22, 2013

HEHE


Assalamualaikum. Termasuk hari ini dah 10 hari tak update blog,katanya.hehe. Okay, just want to share my date with Anuar Zain.hahaha! Pergi sana dengan kakak & kawan dia. BESTTT!!!! pertama kali pergi konsert Anuar Zain macam tak percaya je.haha. Tak tahu nak cakap apa dah, memang best lah dia perform malam tu ! hihi. Thank you mama bagi belanja tiket AZ ni! :D

Back to reality, kelmarin baru lepas buat MUET speaking test dekat SAB,KL. Alhamdulillah, ok. Nervous tu memang ada. Tapi yang best, dapat kawan baru.hehe.Lepas ni berjuang for the next 3 paper ( Reading,Writing & Listening) 9 Mac nanti. Lepas tu, dah tak sabar minggu depan Abang Wan & Kak Zira nikah. Saudara mara terdekat akan datang. WEEE! tak sabar nak jumpa diorang. 

2 hari lepas tu je, dah kena daftar kolej dekat UiTM Shah Alam. Yay, tak sabar lah juga kan.hehe. Isnin dah mula kuliah. Wish me all the best fellas! Amin..






Monday, February 11, 2013

Merisik




Assalamualaikum.. hello, I'm back :) Harini nak bercerita tentang apa yang terjadi tengah hari tadi.hehe. Kakak kembar saya yang pertama iaitu Nora Ruszalina, telah dirisik oleh bakal ibu mertuanya dari Johor. Mereka sekeluarga tiba di rumah pukul 12 tengah hari tadi. Mula - mula semua senyap, sebab ini kali pertama kakak saya bertemu dengan ibu bapa dan keluarga tunangnya :). Lepas tu, dah borak - borak dan situasi yang paling saya suka tadi ialah sesi menyarung cincin. Sangat terharu kakak saya yang pertama dah bertunang.Alhamdulillah... Semoga hubungan mereka berkekalan sampai bila - bila..insya Allah :) 

keluarga saya bersama keluarga bakal keluarga mertua Kakak Nora :) 


gelagat sepasang pasangan yang cute ni.hihi :D
abang Jeff & kakak nora 


santapan untuk hari ni.
sama - sama masak dekat dapur pagi - pagi lagi bagi memeriahkan majlis :)
nasi arab, sayur/ulam, baked potatoes, ayam goreng berempah

'thank you mama,umi,ateh,kakak noreen,kakak nora,kakak lisa for the delicious meal today' :)

ini dia.. pencuci mulut..
ada bread pudding, popia & cheese cake..
thanks kak zira for the cheese cake :)


Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Semoga memori hari ini akan berkekalan untuk selamanya.Amin.. 
Jumpa lagi.. :)






Thursday, February 7, 2013

Katak


Assalamualaikum..Hye semua! rancangan hari ini tentang...hahahaha (gelak dulu) k. Yeahh, saya nak bercerita tentang pengumpulan barang saya yang agak pelik bagi umur 20-21 macam saya ni.hehe. Tapi tak apa, masing-masing ada hobi dia yang tersendiri kan. Antara hobi saya , suka kumpul apa-apa barang yang bercorak,bertampal apa sahaja tentang 'katak'. Katak adalah sejenis binatang yang ramai orang tak suka sebab kulit dia yang melekit dan geli untuk dipegang. Tapi bagi saya, saya pun geli juga.hahaha! Kadang - kadang geli, kadang-kadang tak.BOLEH? hmm. 

Kumpul apa-apa je lah yang rupa katak akan beli. Sangat suka kumpul sejak umur 13 tahun lagi. Tapi masa tu beli sticker kecil - kecil atau beli pen yang ada gambar katak je. Sekarang, rasa minat nak kumpul tu lagi mendalam,cewah..betul! macam keinginan nak pergi shopping.Kan? hehe. Tapi tak semua yang saya kumpul atau beli, kawan-kawan juga ada yang bagi sebagai hadiah & tanda terima kasih untuk saya.Sangat terharu! :') Ok, sekarang, saya nak tunjukkan koleksi patung 'katak' atau saya panggil semua ni 'mr&mrs FROGGY'.... :) 


Hello! Okay,yang ni boleh gantung.Jadi, saya letak depan pintu toilet bilik :P 

Yang ini pula saya letak dekat dalam tempat pembalut hadiah :D
comel kan?! tapi katak lagi 1 yang tengah duduk tu dah patah :( 

yang ini macam kenal ada cartoon character dalam 1 cerita ni.
tapi takpa,hehe. katak ni sepupu saya yang bagi :)

WELCOME! patutnya gantung depan bilik, tapi terjatuh, jadi sekarang letak atas meja jelah. nama diorang ni '4 katak sedang memegang bunga' haha.suka hati je letak nama. :D

nangis dulu :'(
buku ni sangat special !
dah la muka katak tu innocent gila.haha.
pemberian kawan baik saya dari UiTM.
iaitu, FITRA .thank you teddy bear! :D

dan yang ini juga :'(
pemberian kawan baik saya merangkap roommate semester 2 dan 5.
thank you INTAN! rindu nak buat milo sama-sama dalam bekas ni :(

hehe.yang ini beli sendiri.... :) 

ini pula pemberian ERAH, kawan dari UiTM juga.
baru sahaja jumpa bulan lepas masa dia tengah bercuti dekat KL :)
thank you ERAH!!
 pandora charm bracelet saya. ada juga katak dekat situ.hehehe :D

penyangkut kertas atau benda - benda yang ringan je ni. tapi nampak tak
ada senget tu? mengada saja try letak sehelai dua baju.nak tengok tahan ke tak.hahah! :P


Emm, sebenarnya ada lagi sikit yang tertinggal tak ada dalam gambar ni.Macam sticker & lain - lain. Okay, harap korang pun share juga hobi kegemaran dekat blog korang ye! itu sahaja post kali ni. Jumpa lagi! :) 





Monday, February 4, 2013

Degree

Assalamualaikum.

Wowwww, lama dah tak update blog! Hye! Emm, I'm sooo HAPPY cause dapat sambung belajar. 31st January result intake degree march dah keluar. Mula mula pukul 5 petang, lepas tu tetiba pukul 10 malam pula baru boleh check. Semua panas je.haha. I checked at 9.30 am dekat Ipad. Tangan , kaki semua berpeluh bergetar getar macam apa entah. Masukkan IC number, still bergetar getar tangan macam orang tak cukup makan..Alhamdulillah..Syukur sangat dapat apa yang diidamkan selama ni. Sangat gembiraaaaaaa, excited sampai nak bagi tahu mama pun tak tau nak cakap apa, terus tunjuk surat tawaran tu. 

CONGRATULATIONS TO ALL ! :)

Alhamdulillah, Allah S.W.T maha adil, pemurah dan dengar doa doa hambanya ini. Amin..I'm so lucky.ramai my friends yang tak dapat sambung.yang dapat pun course yang bukan diorang nak. hmm. Kesian juga sbb mostly kitorang  berharap sangat. Tapi nak buat macam mana kan, tak ada rezeki lagi. Ini juga disebabkan kemasukan dah diketatkan.Maybe ramai sangat nak masuk UiTM. Bersabar jelah dengan segala dugaan. Setiap benda yang terjadi ada hikmah disebalik tu. Ramai buat rayuan, doakan yang terbaik to my friends supaya dapat sambung belajar and achieve their dreams. Amin.. 



Back to my surat tawaran..Alhamdulillah dapat kolej untuk first semester ni. Tarikh daftar kolej berlainan setiap program dan kategori masing - masing. Macam saya, kategori lepasan semester akhir diploma UiTM kategori ( T ) . Officer kolej kediaman suruh daftar dekat Kolej Melati. Oh yeah, lain program lain kolej. Jadinya, kena daftar 3rd March,hari Ahad. fuhhh, nervous okay! Mintalah dipermudahkan semuanya. Kena buat medical check up macam sebelum masuk diploma dulu. huhhh. banyak benda nak buat ni sebenarnya. MUET lagi 20 February ni for Speaking test, my brother ( Abe Wan ) nak kahwin , daftar kolej, relatives and cousins nak datang. fuhh, banyak lah juga kan.heheee.  Jumpa lagi! :)